Tuesday, March 29, 2011

HILANGKAN BOSAN..

A) Apa beza kacang panjang ngan seluar panjang ?
- Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang...

B)Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan???
- Misai

C)Batang ape yang kalau org pegang-pegang nanti kena gatal gatal?
- Batang Keladi

D)Bulan dan bintang......... mana anak? mana bapak???
- bulan dan ialah anak, tang tu ialah bapak...( Bulandan bin Tang )

E) Ada orang ni nak naik bas. Dia ada 50 sen jer.Tambang bas ke Tempat dia na pegi tu 60 sen.Camne dia nak pegi tempat tu?
-Dia buat muka seposen jek , 50 sen + 10 sen = 60 sen

F)Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok Iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?
- Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

G) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
-Penguin

H)Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap?
-Katakanlahhhhhh.....

I)Tempat apa ni......peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
- Tempat Perkuburan...seram tak...hehhe

J)Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia...?
- Lingkaran nyamuk Shieldtox


K)Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
- Bahrain

L) Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?
- Si Katun ler....hehehhe

Sunday, March 27, 2011

indahnya dunia.. :)

wahhh da 3 hari aq tido senyum jewk an.. ahahaha.. mne xnyew ape yg aq impikan da jd knyataan.. huhu 
bkn semua ape yg kte impikan jd knyataan an, tp aq brnseb bek dberikan pluang untuk mndptkan "DIA".. aq nk ckp terima ksih sgt2 kt "DIA" sbb sudi terime aq yg xsberape nie.. insyallah aq xkn sia2 kan pluang yg "DIA" beri.. thanx sbb da mewarnai semula idup aq yg dlu nyew hanye berasaskan stu wrne shaja , skunk nie mcm2 color ade,, sdap jewk mte mmndang an.. :) pape pown thanx sgt kt si "DIA" yek..

Wednesday, March 23, 2011

Belajar Dari Kesilapan...

"Ada orang, pertama kali lalu jalan yang berlubang, sebab tak tahu, lalu jatuh ke dalam lubang tersebut.""Kali kedua lalu jalan yang sama, sebab dah tahu lubang, tapi tak sempat mengelak, jatuh lagi. Tapi lebih cepat naik ke atas sebab dah ada pengalaman jatuh yang pertama.""Kali ketiga lalu lagi, maka berhati-hati agar tidak jatuh lagi ke dalam lubang yang sama.""Kali keempat pula, mungkin tidak melalui jalan yang sama lagi, cari jalan lain yang lebih baik."Belajar dari pengalaman, bila jatuh, melompat lebih tinggi. Bila jatuh berusaha untuk kembali bangkit. Bila jatuh, berusaha untuk tidak jatuh lagi pada tempat yang sama. Bila jatuh, insyaAllah belajar untuk menjadi orang yang lebih baik. Kita bagaimana? Adakah kita pernah belajar dari pengalaman? Adakah kegagalan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya atau bagaimana?Saya sendiri pernah menangisi kegagalan. Pernah jatuh tersungkur enggan berdiri lagi. Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Hanya kerana Dia saya akhirnya tersedar dari lena yang panjang. Bukan mudah memulakan hidup baru selepas gagal sekian lama. Bukan mudah melupakan segala kisah hitam untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan. Bukan mudah untuk bangkit kembali. Saya mengerti kerana itulah yang telah saya lalui. Berkata-kata jauh lebih mudah dari melaksanakan. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Hanya kita dan Dia yang tahu, segala derita dan sengsara. Perit dan pedih.Lalu, mengapa bila kita diuji, kita mencari teman-teman? Mencari hiburan kononnya untuk menenangkan segala kekusutan? Sedangkan hanya kita yang paling mengerti, kenapa tidak kita selami hati kita sendiri? Apa mahunya hati? Apa yang boleh membahagiakan hati? Apa yang mendamaikan dan mententeramkan? Tentunya kita dan Dia lebih mengetahui. Belajarlah untuk menjadi teman yang paling baik kepada diri sendiri. Dan ALLAH sentiasa ada untuk mendengar setiap luahan dan rintihan hati kita. Pujuklah diri sendiri kerana jika bukan kita, siapa lagi yang mampu? Sentiasa berlapang dada, berfikiran terbuka dan berbaik sangka. Jangan bebankan diri sendiri dengan sangkaan-sangkaan buruk yang belum pasti lagi kesahihannya. Menyesakkan fikiran. Melemaskan dada. Lepaskanlah simpulan itu dengan cermat.Belajar untuk melupakan dan memaafkan. Jangan biarkan kesakitan yang sama tanpa jemu menyakitkan hati kita. Hanya kita yang mampu mengubahnya dengan izin Allah. Ubahlah racun menjadi penawar. Tukarlah kesunyian menjadi ketenangan.Kita mampu, kerana kita adalah teman yang paling baik, yang paling mengerti perihal hati kita selain Allah..

Friday, March 18, 2011

tanda lelaki sayang...

        Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
       Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
       Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Tuesday, March 15, 2011

sesuatu tentang C.I.N.T.A

Tuhan memberikan kita dua kaki utk berjalan
Dua tangan utk memegang
Dua telinga utk mendengar
Dua mata utk melihat
Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati utk kita ?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang utk kita mencarinya
Itulah namanya C.I..N.T.A...

Cinta itu suci , Cinta itu tidak buta
Cinta itu kepunyaan tuhan
Yang tidak suci dan buta itu adalah orang yang salah menggunakannya..

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta
Namun apabila tiba saatnya itu raihlah dengan kedua tanganmu
dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya...

Monday, March 14, 2011

Pahit Akan Manis Akhirnya..


Puas aku mencuba menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap aku lupa daratan
Peritnya aku lalui kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini ku tidak ketentuan

Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku tapi hempedu bagimu
Terkadang harus terima suratan drnya
Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya

Telah... kufikir sedalamnya
Untuk membuat keputusan harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan... jatuh airmataku
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup berkongsikan dia walau hakikatnmya
Hatimu terluka...

Moga suatu hari sembuhlah luka
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia..

Meraung..

Menggigil tubuh ini
Melihat kau bersamanya
Tergamam aku tak terkata
Meraung di jiwa

Puas ku pertahankan
Cinta kita sejak dulu
Tapi sayang
Sikit pun tidak
Menghargai cintaku

Sia-sia saja
Pengorbanan dan kesetiaanku ini
Ku sangka kau permata
Rupanya duri paling berbisa

Ku pasrah dan berdoa
Semoga tabah jiwaku
Oh... tetapi bagaimana
Nak ku lawan
Jiwa yang siksa

Ke mana arah hendak ku tuju
Bila hatiku rindu padamu
Hendakku cari tapi tak guna
Kau bahagia dengan si dia

Dikamar sepi aku termenung
Terbayang bayang kenangan kita
Tidak ku sangka kau
Tergamak pergi
Saat ku masih perlukan mu

Hidup is a Life..

hidup kdg2 nie suke,, kdg2 duka,, tu sume tu kte xdpt nk predict.. ape yg kte harus lakukan ialah brhrap hari yg mndtg lbih baek dr hari yg kte lalui sblom nie.. tp harapan uh kdg2 mmbuatkan kte diulik mimpi yg x pasti.. tp ape yg pasti adalah berusaha utk mndptkn ape yg kte ingini.. peluang hnye dtg skali jew kn,, gapai laa ape yg kte rse kte ley gapai.. bler kte da jtuh bgun la kmbali,, truskan laa berlari dan terus berlari sehingga ape yg kte nak uh berada dlm gnggaman kte.. sekiranya gagal, terimalah hakikat bahawa setiap ape yg dilakukan dlm dunia nie ade cabaran serta dugaan yg mndatang.. tp tu lah  " Three grand essentials to happiness in this life are something to do, something to love, and something to hope for "..